PKG Daerah Gombak terdiri daripada 4 buah PKG iaitu PKG HULU KLANG, PKG GOMBAK, PKG KUANG dan PKG RAWANG. Pelawat boleh mendaftar di Laman Utama dan Laman PKG masing-masing untuk membolehkan anda menggunakan segala kemudahan yang disediakan
E-NILAM
Borang e-nilam boleh didapati di ruang MUAT TURUN > Borang. E-Nilam ini hasil rekaan En. Subhan dari PKG Pasri Panjang. GPM diminta cuba dan gunakan andai ianya dapat memudahkan kerja mengumpul data NILAM.
Syukur Alhamdulillah,pada hari ini 6.8.2008 bersamaan hari Rabu,Dua orang Panel Hakim iaitu En Mustaffa bin Hj Darimi,Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat,UITM dan En Humaidi bin Saad,Penolong Pengarah,BTP,KPM Telah selamat menilai PSS SEMEKAR.Penilaian bermula jam 8.30 pagi dimulakan dengan acara taklimat dan tayangan video klip di bilik Sri Bakawali.Pn Norzida PK Kurikulum telah menyampaikan ucapan bagi mewakili Puan Pengetua.Panel Hakim juga telah melawat semua rangkaian PSS.Seterusnya Panel Hakim di bawa ke PSS dan penialain dokumen serta yang berkaitan dijalankan dan selesai sepenuhnya tepat pukul 4.40 petang.
Turut serta pada hari ini Puan Nik Asma Bt Nik Ahmad,Penolong Pengarah,BTPN Selangor,En Mohd Ali Bin Mat Sarif,PTP PKG Kuang,Pn Nurul Huda Yusuf,PTP PKG Gombak.Hadir sama ialah En Saufi YDP PIBG SEMEKAR dan AJK PSS.
Sesungguhnya komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai.Sekalung Tahniah dan Syabas kepada semua pihak,khususnya warga SEMEKAR diatas segala yang telah disumbangkan.Tiada kata-kata yang lebih baik selain daripada jutaan terima kasih.
16 jULAI-SKBRP-Hari ini telah didatangi oleh dua orang jemaah hakim bagi melaksanakan penghakiman PSS Cemerlang peringkat kebangsaan katogeri SK Luar Bandar.Penghakiman bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir lewat petang.
Turut hadir bagi memberi sokongan ialah KPP BTPN Selangor,Ketua Unit PSP-PKG,PTP BTPN SELANGOR,PTP PKG Kuang,Rawang,Gombak dan Hulu Klang.
Semuanya berjalan lancar dan harapan yang cukup tinggi bagi meraih kejayaan dalam pertandingan ini.TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SELURUH WARGA SKBRP.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta Kursus Asas PSS 35 Jam sesi 2008 di atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kursus tersebut di jalankan. Semoga dengan ilmu yang telah di dedahkan akan dapat membantu GPM meningkatkan kecemerlangan PSS sekolah masing-masing.
Juga setinggi penghargaan kepada barisan urusetia dan jurulatih utama yang bertungkus lumus menjayakan program yang telah diatur ini. Saya amat berbangga memiliki barisan urusetia yang sama-sama berusaha untuk menjadikan kursus ini terbaik.Semoga kita akan dapat terus bekerjasama demi kecemerlangan sekolah-sekolah di daerah Gombak ini..SYABAS KEPADA SEMUA..
Mohd Azam Bin Muhamed Nasir
Ketua PKG Daerah Gombak
11JUL-Majlis Perasmian Penutup Kursus ASas Pengurusan PSS telah selamat disempurnakan oleh En Bakhari Bin Abdul Rahman,Pen Pegawai Pelajaran,Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.Dalam ucapannya,beliau menegaskan bahawa PSS memainkan peranan penting ke arah kecemerlangan akademik pelajar.Oleh itu beliau mengharapkan semua pihak mesti mengambil tindakan serius bagi merealisasikan satu sekolah adalah pusat sumber.Beliau juga mengharapkan dengan kursus ini semua GPM yang hadir dapat mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahanyang ada sebelum ini.Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua GPM yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai guru Pusat Sumber Sekolah.Beliau juga menegaskan PPD Gombak akan memberikan kerjasama penuh setiap program anjuran PKG dan berharap PPD dan PKG akan terus bergandingan bagi kecemerlangan pendidikan khususnya didaerah Gombak.Di Majlis tersebut beliau juga menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.
Majlis penutup ini juga turut dihadiri oleh En Humaidi Bin Saad,Penolong Pengarah Sektor Kualiti BTP,KPM.Dalam ucapannya beliau juga menekankan bertapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi negara iaitu kearah kecemerlangan pendidikan yang membanggakan.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus serta SMK Rawang dan SK Bukit Rahman Putra yang akan mewakili Selangor dalam pertandinagn PSS cemerlang peringkat kebangsaan.
Kursus Fasa 1 telah selesai pada 1-2 Julai lalu. Nampaknya semua peserta begitu bersemangat mengikuti kursus. Semoga Fasa 2 pada 7-10 Julai nanti semua peserta akan dapat meneruskan semangat ini dan seterusnya dapat menggunakan ilmu yang di timba untuk mengangkat PSS sekolah masing-masing ke tahap terbilang....
Shah Alam,23.Jun-Perhimpunan Bulanan BTPN (Jun 2008) pada hari ini dihoskan oleh PKG Daerah Gombak.Terima kasih kepada Tuan KPP diatas kepercayaan yang diberikan.
Pihak Penganjur memilih tema pada kali yang bertajuk KESIHATAN,KEBAHAGIAAN,dan KECEMERLANGAN.Tema ini amat bersesuaian sekali,kerana sebelum kita menyayangi orang lain,kita dituntut menyanyangi diri kita terlebih dahulu,
Jawatankuasa Pelaksana diketuai oleh Encik Mohd Azam Bin Mohd Nasir selaku Ketua PKg Daerah Gombak.Ia turut dibantu oleh Semua PTP Daerah dan Staf PKG Daerah Gombak.
Serentak dengan itu juga majlis pelancaran rasmi laman web pkg daerah gombak telah di sempurnakan oleh Tuan KPP.Tn Hj Ahmad Dahlan Bin Kardi.
Sila ambil maklum kepada semua PKG Daerah Gombak. Sila Isikan borang pemantauan ICT di PKG masing-masing dan email semula kepada En. Khairi ( la_btpnsel@moe.edu.my )secepat mungkin. Terima Kasih. Borang saya telah masuk kan dalam ruang Muat Turun
PKG Daerah Gombak akan melaksanakan bengkel 35 Jam pada 01 - 03 & 08 - 10 Julai 2008. Sekolah-Sekolah yang ingin mencalonkan guru untuk menghadiri bengkel ini sila berhubung dengan PKG masing-masing secepat mungkin.
Iklan Kekosongan Tempat Pegawai Teknologi Pendidikan (PPPLD) Gred DGA29 dan DGA32 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan Rangkaian.
Dimaklumkan bahawa BTPN Selangor mempelawa secara dalaman mana-mana Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DGA29 dan DGA32 di Pusat Kegiatan Guru dan BTPN Selangor untuk mengisi kekosongan tempat di:
(i) Pusat Kegiatan Guru Semenyih - DGA29
(ii) Pusat Kegiatan Guru Klang Bandar - DGA32
(iii) Pusat Kegiatan Guru Kuang - DGA32
(iv) Unit Media Pendidikan, BTPN Selangor - DGA32
Kepada sesiapa yang berminat boleh mengisi borang permohonan.
admin 14/08/2008 14:41 ayahman, tahniah memberi komen yg membina. Utk pengetahuan GPM baru saja selesai kursus PSS, belum sempat sentuh buku beliau dimasukkan ke hospital kerana sakit. Lepas ini mungkin beliau akan buat ker
ayahman 14/08/2008 12:37 Adakan ruangan Teknologi Pendidikan di Ruangan Artikel web ini
ayahman 14/08/2008 11:47 Tahniah pada PIBG SKSK, saya dah dengar dan dah lihat perubahan tu di buat oleh PIBG, SKSK. Harap ianya berterusan. Harap GPM dapat lakukan proses teknik bahan di terima agar dapat diberikan perkhidm
admin 14/08/2008 10:44 kini pibg sk sg kertas mengadakan khidmat bantu pss setiap hari rabu.ayahman boleh lah dtg membantu.tq
ayahman 14/08/2008 09:07 Saya tahu ia pernah diberi khidmat bantu tapi saya tak nampak macam dah diberikan khidmat bantu, macam tak der ape yang berlaku jer.
admin 13/08/2008 11:46 Tahniah!!! kpd Pn. Nurul Huda (PKG Gombak) atas anugerah perkhidmatan cemerlang 2007. Semoga terus meningkatkan komitmen anda!
admin 08/08/2008 09:03 saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada PTP Daerah Gombak khasnya en sakri dan pn.nurul huda yg membantu en ali semasa program Kem Nilam daerah
admin 08/08/2008 08:54 mungkin perlu di lawat sekali lagi untuk melihat apa masalah yg timbul..azam
admin 08/08/2008 08:44 untuk makluman PKG Gombak telah membuat khidmad bantu di SK Sg Kertas pada Jun 2008
admin 07/08/2008 09:40 mohon PKG Gombak ambil perhatian. Kalau perlu buat khidmat bantu di SK Sg Kertas